Pengenalan Syarikat

Syarikat Puncakmas Marketing Sdn. Bhd telah menjalankan Penyelidikan pada pertengahan tahun 2007 dan ia telah dikorporatkan di Kedah Pada tahun 2009.

Syarikat ini ditubuhkan dengan matlamat untuk memberikan pendedahan atau kefahaman kepada masyarakat terutamanya ibu-bapa bahawa pendidikan secara internet ataupun online merupakan satu pilihan atau “alternative” bagi meninggikan lagi prestasi akademik dengan kaedah atau method “website + education =webucation” . Motto utama syarikat ini ialah “Cemerlang Satu Malaysia”.

Syarikat ini beroperasi dengan tapak utamanya di Bandaraya Alor Setar, Kedah. Syarikat ini dipimpin  oleh 4 orang usahawan muda iaitu:

1.En. Mohd Norzuzafre bin Zulkifli  sebagai Presiden
2.En. Muhazani bin Mat Noh sebagai Timbalan Presiden
3.En Mohd. Norshahar bin Zulkifli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
4.En. Mohamad Shukri bin Sulaiman sebagai Ketua Produk dan     Pembangunan Perniagaan 

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat yang dimiliki secara penuh oleh Bumiputera yang mewujudkan produk-produk pendidikan secara online di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan.

Syarikat ini telah berjaya mewujudkan satu kerjasama dengan Guru-guru Pakar, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Jabatan IT Puncakmas Marketing Sdn. Bhd dengan tujuan menjalankan kajiselidik (Research and Development) bagi membangunkan serta menghasilkan program-program yang dijayakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kelik
SINI untuk ke laman rasmi MyStar !

Kelik
SINI untuk PENDAFTARAN PERCUMA !

Picture
Picture
SEKITAR ACARA PELANCARAN MYSTAR OLEH TPM MALAYSIA
Picture
Picture
Picture
SEKITAR ACARA MOU PUNCAKMAS ( MYSTAR ) DENGAN USM
Picture
Picture
Picture